Analisis konkordans
Bagi tujuan penganalisaan korpus, tiga perisian konkordans iaitu aConCorde, Simple Concordance Program dan Monoconc telah diuji. aConCorde dicipta khusus untuk menganalisa teks bahasa Arab. Namun demikian, kelemahan aConCorde ialah ianya tidak mampu memproses data yang besar. Hanya Monoconc mampu memproses teks korpus yang besar, cuma fungsinya masih tetap terbatas kerana ia gagal untuk mengenal huruf-huruf arab yang mempunyai baris/tanda bunyi (harakat) dan melerai bentuk-bentuk berklitik dan berpartikel. Oleh sebab itu, kami terpaksa mengambil pendekatan mudah dengan membersihkan seluruh data korpus dari baris/tanda bunyi (harakat) supaya boleh dianalisis sepenuhnya dengan perisian konkordans.

Contoh paparan perisian konkordans 'aConCorde'

Contoh hasil konkordans rangkai kata ' على علاقة بـ '
Analisis kekerapan perkataan dan senarai kata juga tidak dapat dijalankan secara tepat disebabkan oleh keterbatasan perisian konkordans yang digunakan dan beberapa kelemahan pada data korpus. Oleh itu, perisian ini hanya digunakan untuk membuat analisis kata dan frasa/rangkai kata dari baris-baris konkordans yang dihasilkan.
halaman sebelum | halaman seterusnya
Discussion
No comments yet.