Konkordans dan konteks
Perisian konkordans dicipta untuk menganalisa dan memproses data korpus. Terdapat pelbagai perisian konkordans yang lazim digunakan oleh pengkaji bahasa antaranya WordSmith, Monoconc dan Microconcord. Fungsi asas perisian konkordans ialah untuk mencapai bentuk-bentuk kata, kata terbitan atau kombinasi kata dan memaparkan hasil carian tersebut dalam bentuk baris-baris konkordans, dengan kata kunci carian yang tersusun dan tersisih di tengah-tengah baris. Baris-baris konkordans dipaparkan berturutan mengikut kriteria tertentu, dengan itu jumlah keseluruhan kemunculan data dapat diketahui dengan cepat dan mudah. Dari sinilah, penyusun kamus boleh mengenalpasti konteks pengunaan sesuatu kata atau memilih contoh-contoh ayat yang akan dimasukkan ke dalam kamus.

Contoh teks korpus

Contoh konkordans kata 'علاقة'
Pada setiap baris konkordans, kata kunci atau Key Word in Context (KWIC) akan berada di tengah-tengah. Perkataan yang terletak sebelum dan selepas kata kunci akan memperlihatkan pola sintaksis dan konteks sebenar penggunaan perkataan tersebut. Biasanya kata kunci yang terletak di tengah akan dihitamkan bagi membolehkan pengkaji mengaitkannya dengan perkataan sebelum dan selepasnya. Hubungan antara kata kunci dengan perkataan yang berada di sekelilingnya sangat penting dalam memperlihatkan maklumat semantik sesuatu kata.
Analisis konkordans berkait rapat dengan teori kolokasi (المتصاحبات / المتلازمات اللفظية.)
Makna kolokasi terhasil daripada gabungan sesuatu kata dengan beberapa kata lain yang melingkunginya. Hal ini kerana makna sesuatu kata tidak hanya dimiliki oleh kata itu secara sendirian, tetapi turut dipengaruhi oleh perkataan-perkataan lain yang hadir bersama-sama kata tersebut. Gabungan antara korpus, konkordans dan kolokasi adalah satu pendekatan penting yang digunakan oleh pengkaji bahasa untuk meneliti konteks makna sesuatu kata.
[Sumber: Mohd. Zulkifli Bahari 1993 / Noresah Baharom 1993,1994 / Norliza Jamaluddin 2005 / Salinah Ja’afar 2000]

Contoh kolokasi kata 'علاقة'
Lihat contoh analisis kombinasi (kolokasi) kata ‘ علاقة ‘

Contoh entri 'علاقة' dalam Kamus Arab-Belanda
halaman sebelum | halaman seterusnya
Discussion
No comments yet.