//
you're reading...
Artikel

5. Perisian mengedit kamus

Perisian menyusun/mengedit kamus
(Dictionary Writing System)

Hasil perkembangan pesat teknologi komputer, perisian khusus untuk membantu proses penyusunan kamus turut dihasilkan. Kebanyakan syarikat penerbitan kamus terkemuka mempunyai perisian tersendiri untuk menerbitkan kamus mengikut gaya masing-masing. Kamus yang disusun oleh Mark Van Mol telah dihasilkan dengan bantuan AraLat iaitu perisian khusus untuk menyusun kamus dwibahasa Arab yang dihasilkan dalam rangka projek perkamusan beliau. Manakala projek penyusunan kamus bahasa Arab di Nijmegen pula telah menggunakan perisian OMBI (Omkeerbaar Bilinguaal Bestand = Reversible Bilingual Database) yang dicipta khusus untuk projek penyusunan kamus dwibahasa di Belanda.

Perisian Dictionary Writing System (DWS) bukanlah satu perisian yang dapat menukar terus data dari pangkalan data lexikon kepada bentuk kamus tetapi merupakan editor digital yang membantu penyusun kamus mengedit data yang telah dipilih, membentuk format percetakan dan menerbitkan kamus secara automatik. Oleh kerana model struktur maklumat ketiga-tiga kamus tersebut mudah diterapkan ke dalam sistem DWS, kami telah mengubahsuai struktur tersebut untuk tujuan penyusunan kamus Arab-Melayu. Selain itu, struktur sedemikian telah disusun dengan menerapkan teori leksikografi supaya kamus yang terhasil dapat menepati fungsinya dan bersifat mesra pengguna.

Perisian DWS membolehkan struktur maklumat dibina secara tersusun. Penyusun kamus hanya perlu mengolah dan mengatur data ke dalam bentuk kamus yang tersedia dengan bergerak dari satu maklumat ke maklumat yang lain dalam berbagai tingkatan, sama ada dalam struktur makro atau mikro. Pemilihan saiz abjad, bentuk atau jenis tulisan yang dikehendaki dibuat di dalam sistem, kemudian akan diterapkan secara automatik ke dalam manuskrip kamus yang akan diterbitkan.

Setiap maklumat boleh diberikan gaya tertentu untuk membolehkannya dikenali dengan mudah oleh pengguna kamus. Sebagai contoh, setiap kumpulan makna diberikan nombor, entri dan subenttri ditulis dengan huruf tebal, pembeza makna ditulis dalam bentuk italic atau dua sinonim dipisahkan dengan tanda koma. Gaya-gaya ini boleh ditetapkan di dalam fungsi style dalam DWS.

Penetapan format struktur kamus yang dilakukan terlebih dahulu di dalam DWS akan menjadikannya lebih konsisten dan mudah untuk disunting. Hal ini kerana, adalah lebih mudah untuk menentukan struktur dan format kamus di dalam sistem, daripada melakukannya di atas manuskrip secara manual. Walaupun struktur telah ditetapkan terlebih dahulu, perubahan terhadapnya boleh diubah pada bila-bila masa bergantung kepada pertimbangan penyusun tanpa menjejaskan maklumat yang disimpan.

Apabila data sudah dimasukkan ke dalam sistem, kamus boleh dikatakan sudah sedia untuk dicetak. Sebarang perubahan, penambahan atau penghapusan data/maklumat hanya perlu dibuat di dalam sistem dan bukannya pada manuskrip. Fungsi DWS yang mesra pengguna membolehkan proses pengubahsuaian maklumat dibuat dengan tersusun dan sistematik.

Jika perisian sebegini dimanfaatkan, proses penerbitan kamus yang meliputi kerja penyusunan dan pengaturan huruf boleh diringankan. Proses ini langsung tidak memerlukan kamus dicetak sebelum diterbitkan. Namun demikian, oleh sebab perisian ini pada asalnya bukan dihasilkan khusus untuk penyusunan kamus bahasa Arab, beberapa fungsi masih terbatas menyebabkan beberapa tahap terpaksa dibuat secara manual.

[Sumber: Choy-Kim Chuah dan Salina A. Samat 1994]

halaman sebelum | halaman seterusnya

ber

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Archives

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.