//
you're reading...
Artikel

Perkamusan dan komputer

Perkamusan dan komputer

Sejak dua puluh tahun terakhir ini, ilmu perkamusan telah berkembang dengan pesatnya hasil daripada kerjasama yang erat antara bidang perkamusan dan teknologi komputer. Kamus-kamus yang diterbitkan telah disusun atas dasar-dasar ilmiah dengan menerapkan teknik dan teori terbaru.

Teknologi komputer telah memberi sumbangan besar dalam penyusunan kamus supaya menjadi lebih cepat dan mudah. Sesuai dengan perkembangan teknologi pada masa kini, kamus tidak lagi diterbitkan sekadar dalam bentuk konvensional sahaja, tetapi telah muncul dalam bentuk online, CD-ROM dan kamus elektronik.

Pembina perisian komputer telah menghasilkan pelbagai perisian untuk menganalisis data dan memproses maklumat bagi membantu ahli bahasa dalam bidang kajian mereka. Oleh itu, tentu amat menarik untuk melihat bagaimana komputer boleh dimanfaatkan dalam konteks penyusunan kamus baru yang lebih lengkap dan bermutu.

Proses menyusun kamus amat rumit dan memakan masa yang lama jika tidak menggunakan komputer kerana kerja-kerja mencatat maklumat di atas kertas, menyemak ralat dan mengatur huruf terpaksa dibuat secara manual. Penyusun kamus juga akan menghadapi kesukaran untuk mengesan kemunculan kosa kata baru, mendapat maklumat statistik kekerapan bagi sesuatu kata atau frasa dan mengumpul contoh pengunaan yang banyak. Sebelum adanya komputer, penyusun kamus terpaksa membaca pelbagai teks halaman demi halaman untuk mendapatkan contoh-contoh penggunaan yang membantu dalam proses pemerian makna.

Syarikat penerbitan kamus yang terkemuka seperti Oxford, Cambridge, Collins, Webster dan Longman telah mempelopori aplikasi komputer dalam penyusunan kamus bahasa Inggeris. Di Malaysia, tidak banyak penerbit menghasilkan kamus yang bermutu dan diiktiraf, hanya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diketahui mempunyai kepakaran dalam penyusunan kamus.

Dalam konteks perkembangan ilmu linguistik berkomputer di Malaysia, DBP dan beberapa buah universiti tempatan telah pun mengambil inisiatif yang memberangsangkan untuk memajukan bidang ini. Sebelum ini, tradisi penyusunan kamus di DBP menggunakan pendekatan cara manual yang melibatkan kos, tenaga dan masa yang banyak. DBP dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia telah membina korpus bahasa Melayu dalam rangka program pengkomputeran bahasa Melayu untuk tujuan penyelidikan bahasa, perkamusan dan peristilahan.

Usaha pembinaan korpus di DBP bermula pada tahun 1980 dengan projek Analisis Teks secara Komputer yang mensasarkan korpus sebesar 2 juta perkataan. Korpus ini kemudiannya bertambah besar dari semasa ke semasa dan kini DBP sedang berusaha untuk mencapai sasaran 200 juta perkataan.

[Sumber: Ibrahim Ahmad 1990,1992 / Mohd. Zulkifli Bahari 1993 / Noresah Baharom 1993, 1994 / Rusli Abdul Ghani 2002, 2003, 2004]

halaman sebelum | halaman seterusnya

Advertisement

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Archives

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.