//
you're reading...
Artikel

1. Strategi penyusunan kamus Arab-Melayu

Strategi penyusunan kamus Arab-Melayu

Pelajar bahasa Arab di alam Melayu amat memerlukan kamus dwibahasa Arab-Melayu/Melayu-Arab yang dapat membantu dalam memahami atau menterjemah teks bahasa Arab. Kamus ekabahasa hanya bermanfaat kepada pelajar yang sudah mempunyai asas yang kuat. Kamus dwibahasa yang sedia ada pula, masih mempunyai beberapa kelemahan yang boleh menjejaskan peranannya sebagai alat bantu utama dalam proses pembelajaran dan penterjemahan.

Walaupun semakin banyak kamus diterbitkan sejak akhir-akhir ini, kita masih kekurangan kamus yang lengkap dan bermutu. Dalam konteks kamus Arab-Melayu, kita masih belum memiliki kamus yang dapat memenuhi kehendak zaman walaupun sudah banyak syarikat penerbitan dan orang persendirian yang berminat dalam penerbitan kamus. Selain itu, terdapat juga kamus yang dicetak beberapa kali tanpa dikemaskini. Keperluan terhadap kamus baru yang lebih bermutu mempunyai hubungan erat dengan dasar kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan bahasa Arab di semua peringkat, bermula sejak sekolah rendah lagi.

Dalam konteks penyusunan kamus Arab-Melayu, belum ada kamus yang disusun dengan menggunakan komputer sepenuhnya. Kepesatan perkembangan teknologi komputer dan pembaharuan kaedah penyusunan kamus menuntut supaya satu usaha dimulakan untuk menyusun satu kamus Arab-Melayu yang baru bagi menyahut cabaran wawasan 2020.

Teknik Penyusunan

Kami cuba menyusun strategi yang berasaskan penggunaan komputer dari permulaan hinggalah ke penerbitan. Dalam hal ini, kami akan menggunakan pendekatan baru dengan mengintegrasikan kaedah pengunaan komputer dalam kerja-kerja perkamusan, walaupun terpaksa mengekalkan ciri-ciri manual pada tahap-tahap tertentu.

Kajian ini merupakan satu langkah awal dalam penyediaan pelbagai jenis maklumat yang diperlukan untuk penyusunan kamus. Maklumat yang dikumpulkan akan disimpan secara sistematik dalam bentuk pangkalan data.

Usaha kami bermula dengan mengumpulkan data bahasa sama ada dalam bentuk teks korpus atau data lexikon (kosa kata) yang dipinjam atau diadaptasi dari kamus-kamus yang lain. Besarnya data tidak menjadi penghalang kerana proses ini tidak menghadapi masalah ruang komputer.

Pengumpulan data ini dibuat dengan tujuan bukan sahaja untuk menyediakan data penyelidikan yang dapat dimanfaatkan untuk penyusunan kamus, malahan juga kajian tatabahasa, penterjemahan dan bidang-bidang kajian bahasa yang lain.

halaman sebelum | halaman seterusnya

Advertisement

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Archives

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.